Tuesday, July 5, 2011

TOPIK KESIHATAN : MINYAK KELAPA DARA


Sekarang ni ramai benar yang muda sakit-sakit. tak cukup 40 tahun macam -macam penyakit datang. Kalau yang kaki merokok memang selalunya disebut punca penyakit. Karang ni aku nak kongsi tip minyak kelapa dara. So far aku amalkan sebagai suplement makanan kesihatan bagi aku. Bagi aku tak salah kalau sumbangkan duit untuk kesihatan diri. Yang penting sihat walfiat. Aku selalu pakai jenama HPA sebab dah jadi ahli jadi kenala bantu diri sediri .disini aku ceritakan serba sedikit kebaikan minyak kelapa dara yang terbukti oleh US. Sehingga kini, melalui penyelidikan telah dibuktikan bahawa Minyak Kelapa Dara terbukti mampu mengurangkan risiko sakit jantung, memperbaiki sistem penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian, membantu mereka yang mengidap diabetes dan kelesuan yang teruk, berkesan dengan baik sebagai pra cuci kondisioner rambut (pre wash hair condisioner) menurunkan berat badan dan mengembalikan keremajaan kulit , mengatasi psoriasis, ruam, eczema serta menghalang kulit berkedut.

Kalau nak beli pergi je beli dekat serdang, UPM dekat kilang coklat...atau sebelah jual kereta Proton. kalau dok bangi gi je Warta

KARTUN NARUTO


Salam , hari ini aku nak mengulas sikit kenapa kartun Naruto diminati bukan sahaja kepada kanak dan remaja tetapi juga orang dewasa. Apatah lagi khairul Fahmi penjaga gol kelantan sendiri mengakui masih lagi menonton cerita naruto daripada episode 1 sampai sekarang. Aku bukan sebenarnya peminat setia naruto tapi aku meminati watak yang dibawa oleh naruto. Sebab tu negara Jepun adalah pengeluar cerita-cerita animasi yang hebat yang mana turut diakui oleh US. korang tengok ajelah superhero daripada Ultraman hingga Baja hitam masih lagi diminati seangkatan usia aku sekarang ni..

Sebenarnya Jepun begitu pakar dalam bidang animasi. Pasaran di Jepun sahaja dah mencukupi untuk mendapatkan balik modal atau untung. berbalik kepada cerita Naruto tadi, bila ditanya kenapa naruto diminati adalah kerana karektar beliau. Memang aku setuju. Naruto membawa watak seorang lelaki yang tidak pernah putus asa dan mempunyai kecekalan yang begitu tinggi. Beliau berpandangan jauh untuk menjadi seorang pendekar yang hebat dan ketua kepada puak beliau .Rakan beliau adalah rakan-rakan yang sejati yang mana sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaan bersama. memang susah nak jumpa yang mana nak cari teman ketawa memang senang nak cari teman menangis memang susah. So , sebab itu naruto amat sesuai dijadikan sesuatu ikon atau karektar dalam membentuk diri yang bercita-cita tinggi dan penuh kepimpinan..... kalau tak caya tengok sendiri dekat Youtube...

TUGU NEGARA: HARI INI DALAM SEJARAH


nak tanya dah pernah pergi tengok tugu negara...kalau belum baik pergi.bukan apa dok sibuk nak tengok statue tempat orang lain tempat sendiri tak tengok sedangkan mat salih yang datang sini siap bangga bergambar... so korang mesti tahu sedikit pasal tugu negara. Tapi aku nak korang tahu banyak berkenaan pasal tugu negara....senang nanti kalau keluar soalan dalam SPM boleh jawab hahah itu adik-adik. Ini ceritanya

Tugu Negara terletak di sebelah Taman Tasik Perdana. Ianya dibina untuk memperingati askar-askar yang telah gugur dalam mempertahankan negara semasa zaman perang dan darurat pada tahun 1942-1960. Ia merupakan satu kumpulan tujuh patung atau lembaga gangsa, tiap-tiap satunya empat kali lebih besar daripada orang biasa terletak di atas satu asas yang bujur di tengah-tengah pulau dalam sebuah kolam. Pulau itu berbentuk bujur 130 kaki panjang dan 96 kaki lebar. Asas tugu mula dibina pada Januari 1963 yang disalut dengan batu pejal bergilap yang berwarna zamrud daripada Sweden yang panjangnya 30 kaki, lebarnya 24 kaki dan tingginya 11 kaki 41/2 inci. Perbelanjaan untuk membinanya adalah RM1.3 juta. Tugu Pahlawan ini merupakan tugu terbesar di Malaysia. Di sebelah selatan tembok asas tugu terukir di kiri kanan lambang itu, di mana sebelah kanan adalah tulisan jawi dalam Bahasa Melayu dan sebelah kiri tulisan rumi dalam Bahasa Inggeris.

Patung-patung gangsa ini mewakili pelbagai Cawangan Pasukan Keselamatan, semuanya memakai pakaian seragam semasa dalam perang. Lima daripada lembaga menggambarkan Pasukan Keselamatan yang beroleh kemenangan. Lembaga yang di atas sekali, satu-satunya yang tiada senjata memegang sebatang tiang bendera yang di hujungnya berkibar bendera Malaysia. Upacara menaikkan bendera diadakan setiap hari di mana tiga orang anggota angkatan tentera meniup bagol lagu Last Post sambil seorang askar akan menaikkan bendera perlahan-lahan. Pada sebelah petang upacara yang sama dilakukan untuk menurunkan bendera itu. Di bawah sekali terdapat dua lembaga terbaring iaitu melambangkan mayat dua orang pengganas komunis.

Bagi menambah keindahan tugu ini, kolam separuh bulat telah dibina di kiri dan kanannya. Di dalam kolam itu, terdapat bunga teratai yang diperbuat daripada timah putih dan hitam dari Selangor dengan pancutan air yang boleh bertukar warna. Kawasan taman di sekeliling Tugu ditanam dengan pelbagai jenis pokok yang terdapat di Malaysia seperti pokok cemara, tembusu, kemboja dan sebagainya. Tugu tersebut lebih menarik lagi dengan adanya air terjun rekaan manusia sepanjang 165m yang mengalir dari atas bukit ke dalam 4 kolam yang pelbagai bentuk.

Tugu Peringatan ini dibina bagi mengingatkan kita kepada perwira-perwira yang telah terkorban mempertahankan tanah air semasa peperangan Dunia Pertama dan Kedua. Idea awal pembinaan tugu ini diusulkan oleh Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada tahun 1960 setelah beliau melawat Tugu Perang Iwojima di Amerika Syarikat. Ia telah direka oleh pengukir terkenal Amerika Syarikat, Felix de Weldon. Patung tersebut telah dibuat di Itali dan dihantar khas ke negara kita sebaik sahaja ia disiapkan.

TAJUK PHD TAK CUKUP POWER

Petang tadi terima mesej dari kawan mengatakan proposal PhD kena tambah lagi sekurang-kurang 15 muka surat.Aku bagi dalam 5 muka surat. Biasalah ,,,,, masa itu dah tak ada idea asyik tukar-tukar tajuk je. Bayangkan dah dekat 7 kali tukar tajuk,,,baru tajuk bukan lagi proposal sebab tu dah tak ada idea. Lepas ni kena tambah sikit bagi 15 muka surat. kalau kena reject juga alamat tukar tajuk lagi...pening-pening......

Apa boleh buat ikutje janji lepas....

Template by:

Free Blog Templates