Monday, July 4, 2011

JUVANA-SIRI BARU TV3


Seronok pula tengok Juvana dari awal cerita pada 25 april 2011. penuh dengan tragis dan cerita masalah -masalah remaja. Bagi aku cerita ini memang hebat sebab terlalu dekat dengan masyarakat.. Yela kalau dibaca dalam metro hari-hari cerita masalah remaja ini berlaku. boleh dikatakan dalam satu surat khabar metro sekurang-kurang 5 kes masalah sosial berlaku, bayangkan dalam masa 30 hari ada 150 masalah sosial. yang ni anggaran sahaja. So siapa yang tak tengok memang rugi. mula -mula macam biasa tetapi sekarang dah ok. Daim hero dalam watak ini..macam mana beliau membentuk diri rakan -rakan yang selalu dibuli oleh botak. nak pelempang botak pun ada aku tengok cerita ..

SINOPSIS

17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.


Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.


so jangan lupa tengok kalau tak sempat tengok dekat tonton atau youtube

HOME DECO-HIASAN DALAM RUMAH

Hari ini saja je nak cakap pasal home deco. Dulu sebelum beli rumah asyik tengok orang deko rumah dalam majalah impiana dan apartment. so sejak beli rumah dekat taman bukit belimbing, bermula la era mendeko rumah. bukan senang nak deko rumah. kena banyak belajar daripada senoir. nasib baik ada senior aku ni memang suka deko.jadi sebelum aku mendeko aku minta dia datang rumah untuk tengok apa yang patut aku buat. hasilnya ko tengok sendiri. mahu 5 bulan asyik membaca buku deko idaman semata-mata nak cari mod. tempat barang yang aku selalu pergi kalau untuk barang kecil ni di IKEA... untuk barang moden... kalau barang hiasan lain aku cari dekat nilai 3. yang lain nye aku ada beli dekat kenpiun kedai barang hotel dekat kl.berjalan juga la dengan guru aku semata-mata nak cari barang hiasan. Iyalah ,rumah ini ibarat gambaran indah...kalau kita balik dengan hati yang kusut selepas kerja tengok je rumah terus rasa lega... rumahku syurgaku katakan. Tetapi aku memang suka deko-deko ini...... iyelah daripada rumah tu jadi lain terus jadi lain ....korang tengok la sendiri .Rumah ini aku beli tahun mei 2009 selepas setahun bertapak di flat pangsapuri permai dekat cheras....
Aku beli masa tu aku tengok dekat mudah.my. owner nak jual dalam 220000. setelah tawar menawar dapatlah dalam 190000. Yang best nye rumah ini freehold dekat dengan tempat kerja dan yang penting fully furnish. owner lama siap tinggal 3 penghawa dingin dengan barang elektrik sebab dia nak mingrated dekat australia. rezeki anak katakan...jom tengok gambar awal umah masa beli

KEADAAN RUMAH SEMASA MEMBELI






TOKEK OH TOKEK









Di awal kemunculan Tokek ,semua orang berebut-rebut nak cari sebab apa dikatakan tokek dapat menghilangkan atau melambatkan penyakit AIDS. Habis satu kampung aku mencari tokek jumpa tak kecil sangat. Bayangkan hanya jual tokek boleh jadi jutawan jika tokek sebesar 3 kg. Ada ura-ura di indonesia jumpa tokek tahap sebesar biawak ,,..mak datuk bayangkan kalau jual ..jutawan.. sampai aku dengar dengan sabah tawau ---mati kena bunuh sebab berebut nak cari tokek. dalam carigold pun dok asyik letak harga jual tokek.. la ni aku rasa dah slow..mungkin belum ada pengesahan daripada dunia kata tokek dapat menghilangkan penyakit Aids.. biasalah hangat -hangat tahi duit...sekarang ni senyap je. so moral ..jgn percaya sangat.......kalau yang dah terjual kira rezeki la ,,kalau dah terbeli tu dok simpan kat belakang rumah... bela sampai ada pembeli ,jangan tertipu dengan pembeli sudah... apa yang penting.... hobi tetap hobi ..mungkin ada yang dapat duit...ah tak kisahla asalkan mungkin rezeki masing-masing.cau

JEJAK WIRA VERSI BARU







Dulu ,aku ni tak reti baca komik,.... sejak masuk universiti jumpa dengan kawan yang kaki komik bermula dari mula jejak wira versi baru sehingga sekarang tak habis-habis lagi.. Bagi aku komik jejak wira banyak kebaikkan dari segi perawatakan yang mana tiga sahabat telah bersatu menentang kejahatan. Watak tersebut adalah Tiger Wong, Wong Siu long dan Dragon Long dan Wong Fei Lei -4 sekawan yang dulu hanya ada ilmu kungfu yang mentah dan sekarang mereka dan setanding dengan jagoan yang bersifat tinggi. sama macam dragon ball. Musuh dia orang yang hebat adalah Dewata Raya- Ketua Kultus Raksasa, Dong Fang Wu Di, Kultus Teratai Putih dan Kultus Angkasa- Tok Tie. Kesemuayan bercita -cita menjadi jagoan terunggul dan merajai kongsi gelap Dunia..... Diantara jagoan tersebut ada jagoan yang bertaraf dewa iaitu Aku Kosong dan Jagoan ..aku pun dah lupa nama mereka. Aku memang suka karya Tony Wong nampak penuh imiginasi yang tahap super.... so sesiapa yang meminati komik ini jom join ....



Transformer 3: The Dark Ff The Moon



Hero Transformer : Prime





Hari khamis baru-baru ini aku pergi tengok cerita tranformer 3. So far memang tak pernah miss dari debut transformer sampai final. Untuk filem terakhir ini aku bagi 5 star sebab jalan cerita dia agak menarik. kalau tak kena gaya orang mungkin orang tak suka sebab mula-mula nampak slow tapi aku faham direktor cuma memperkembangkan sinopsis cerita supay plot dari awal mengapa sesuatu itu berlaku dapat difahami.... itu fasa 1, fasa 2 -untuk tengah movie bagi aku nampak slow sikit tetapi masih lagi ok sebab plot cerita nampak kemas... mungkin kalau tengok dua kali lagi kemas korang nak faham ...




SENTINEL :GURU PRIME YANG MEMBELOT DENGAN DECEPTICON


tapi bagi orang yang it dia senang dapat tangkap jalan cerita. fasa terakhir cerita baru nampak lawan yang hebat .so masa kemuncak decepticon lawan dengan prime. masa sebelum itu sentinel tok guru prime cuba belot untuk menakluk bumi.... yang penting cerita kemas dan padat dengan aksi.... so rugi sesiapa yang tak pergi tengok. aku tengok 3D lagi... cerita macam ini memang aku suka apatah lagi transformer mengambalikan nostalgia kartun jepun yang hebat.

Template by:

Free Blog Templates