Monday, July 4, 2011

JUVANA-SIRI BARU TV3


Seronok pula tengok Juvana dari awal cerita pada 25 april 2011. penuh dengan tragis dan cerita masalah -masalah remaja. Bagi aku cerita ini memang hebat sebab terlalu dekat dengan masyarakat.. Yela kalau dibaca dalam metro hari-hari cerita masalah remaja ini berlaku. boleh dikatakan dalam satu surat khabar metro sekurang-kurang 5 kes masalah sosial berlaku, bayangkan dalam masa 30 hari ada 150 masalah sosial. yang ni anggaran sahaja. So siapa yang tak tengok memang rugi. mula -mula macam biasa tetapi sekarang dah ok. Daim hero dalam watak ini..macam mana beliau membentuk diri rakan -rakan yang selalu dibuli oleh botak. nak pelempang botak pun ada aku tengok cerita ..

SINOPSIS

17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.


Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.


so jangan lupa tengok kalau tak sempat tengok dekat tonton atau youtube

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates