
Salam , hari ini aku nak mengulas sikit kenapa kartun Naruto diminati bukan sahaja kepada kanak dan remaja tetapi juga orang dewasa. Apatah lagi khairul Fahmi penjaga gol kelantan sendiri mengakui masih lagi menonton cerita naruto daripada episode 1 sampai sekarang. Aku bukan sebenarnya peminat setia naruto tapi aku meminati watak yang dibawa oleh naruto. Sebab tu negara Jepun adalah pengeluar cerita-cerita animasi yang hebat yang mana turut diakui oleh US. korang tengok ajelah superhero daripada Ultraman hingga Baja hitam masih lagi diminati seangkatan usia aku sekarang ni..
Sebenarnya Jepun begitu pakar dalam bidang animasi. Pasaran di Jepun sahaja dah mencukupi untuk mendapatkan balik modal atau untung. berbalik kepada cerita Naruto tadi, bila ditanya kenapa naruto diminati adalah kerana karektar beliau. Memang aku setuju. Naruto membawa watak seorang lelaki yang tidak pernah putus asa dan mempunyai kecekalan yang begitu tinggi. Beliau berpandangan jauh untuk menjadi seorang pendekar yang hebat dan ketua kepada puak beliau .Rakan beliau adalah rakan-rakan yang sejati yang mana sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaan bersama. memang susah nak jumpa yang mana nak cari teman ketawa memang senang nak cari teman menangis memang susah. So , sebab itu naruto amat sesuai dijadikan sesuatu ikon atau karektar dalam membentuk diri yang bercita-cita tinggi dan penuh kepimpinan..... kalau tak caya tengok sendiri dekat Youtube...
Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga RM1.9 Juta
– “Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir”
-
Sejak awal minggu ini, restoran Rembayung menjadi bualan ramai selepas
pempengaruh terkenal Khairul Aming mendedahkan dirinya merupakan pemilik
perniagaa...
1 day ago


0 comments:
Post a Comment