Sunday, August 21, 2011

MALAM LAILATULQADAR

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.


Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Sebab turun surah al-Qadr


Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.


Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.


Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.


Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut


Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"


Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.


Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."


Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar


Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.


Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.


Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.


Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:


Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."


Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Doa khusus di Malam Lailatulqadar


Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut


1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.


Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"


Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa


Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:


1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.

2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Tanda Malam Lailatulqadar


Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:


- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.

- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

DRAMA YANG PALING DIMINATI ERA 90 AN

Sekarang ni kalau kita tengok dah macam-macam rancangan serta program TV berbahasa melayu di kaca TV. Kalau drama tu dah berlambak-lambak. Ada sesetengah tu aku tengok dah terlalu ke-ala-ala drama latin laa pulak. Baik dari segi gaya hidup yang dipaparkan hingga ke pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon dah macam bukan orang melayu beragama Islam. Walaubagaimanapun ada juga rancangan-rancangan dan juga drama-drama yang berkualiti. Emm.. bagaimana pulak pada zaman dulu-dulu eak.. di era 80-an dan juga awal 90-an. Apa agaknya rancangan berbahasa melayu yang popular masa tu. Aku cuba senaraikan mana-mana yang aku masih ingat.

1. OPAH

Yang hidup era 80-an dan 90-an tentunya akan ingat siri TV ni. Kisah keluarga memang ramai peminat cuma masa ramai pelakon dah bertukar tu yang nampak kurang menyengat sikit. Pergolakkan yang dipaparkan tidakla macam drama-drama sekarang ni sebab ianya masih dalam suasana kekeluargaan. Ini dua rangkap daripada lagu tema cerita nih..

Dia seorang tua
Pengasih dan penyayang
Tak pernah hidup duka
Bersama keluarganya

Ini kisah anaknya
Empat orang semuanya
Seorang tiada punya
Yang tidak pernah berkeluarga

2. Naik Tangga Turun Tangga

Cerita ni ditayangkan kat TV3 jadi aku tak berapa tengok sangat sebab tak dapat TV3 kat umah aku masa tu. Time tuh manalaa ada Astro ke hapa semua. Apapun aku tahu jugak yang cerita ni tak kurang popularnya yang mana dilakonkan oleh Rubiah Suparman dan Abu Bakar Omar. Ikutkan.. aku dah sedikit lupa pasal cerita ni tetapi bila buat survey tanya orang lama-lama baru aku teringat.

3. Rumah Kedai

Aku suka gak ngan citer nih. Tapi tak selalu dapat tengok. Kadang-kadang jee TV3 dapat kat rumah. Itupun setelah aku naikkan ‘areal TV ‘ sama tinggi ngan pokok kelapa. Aku percaya cerita ni masih seronok untuk untuk ditonton kalau ditayangkan balik. Terfikir jugak kenapa drama-drama yang begini kurang dihasilkan sekarang.

4. Seiring Jalan

Tak silap aku cerita ni masa aku sekolah rendah. Kisah 3 remaja yang mengembara naik basikal. Dalam setiap episod ada sahaja misteri dan permasalahan yang dirungkai pada setiap tempat yang mereka singgah. Tapi cerita ni satu musim je ditayangkan.

5. Wajah Sutinah

Cerita ni selalu jadi bualan kat sekolah. Kira seram jugaklah. Bagaimana cerita dia aku memang dah lupa sangat. Pelakon pun aku tak ingat. Ada sesiapa yang ingat boleh bagitaulah. Disebabkan cerita ni ada rasa takut gak nak ke tution.

6. PJ Holding

Ni kira dallas versi Malaysia laa kononnya. Aku tak tengok sangat tapi rata-rata orang lama kata mereka suka tengok cerita ni. Yang aku ingat pelakonnya Azmil Mustafa dan Osman Zailani. Kalau silap betulkan keh.

7. Seorang tua dikaki gunung

Pelakon utamanya Tamam Idris. Cerita ni diadaptasikan dari novel Azizi Abdullah. Mungkin tak sehebat novelnya tetapi tetap menarik untuk ditonton. Sedih ceritanya tak percaya cuba dapatkan novelnya. Aku rasa masih lagi terjual di pasaran kerana ini merupakan satu naskhah hebat tulisan Azizi Abdullah.

8. Hanbali seorang Jeneral

Aku tak miss tengok cerita nih. Kisah jeneral pencen lakonan Eman Manan. Ending dia si Jeneral pencen ni kena masuk hutan jugak. Disiarkan dalm slot drama swasta rasanya.

9. Siapa Bunuh Alice

Lawak betul cerita ni. Sampai pelakon sendiri tak tahu siapa bunuh Alice. Entah betul entah tidak. Kat sekolah sibuk meneka-neka. Last-last.. aku sendiri dah lupa siapa yang bunuh Alice.. ahhahaha..

10. Pendekar Kundur

Lakonan Eman Manan dan Tiara Jacquelina. Permulaan era pendekar kat TV. Lepas tu muncullah Keris Hitam bersepuh emas, tok janggut, tuah Jebat dan macam-macam lagilaa. Semua macam nak jadi Pendekar datang sekolah. Hampeh tul!

Alamak kalau aku kumpulkan semua cerita-cerita ni banyak lagi sebenarnya. Drama-drama Yusuf Haslam macam remang-remang kota raya, Debu-debu kotaraya dan Harimau Rimba. Harimau Rimba tu meletup masa cerita Nam:Tour of Duty ditayangkan kat TV2. Pastu Anjang Aki, Slot Spektra, Identiti. fuh banyaklah.. Drama melayu sekarang banyak nak tonjolkan dunia korporat tapi macam keparat je aku tengok. Tak habis-habis dendam mendendam, bunuh-membunuh dan simpan perempuan. Dah semakin terkeluar dari kehidupan masyarakat melayu beragama Islam.huh..

Thursday, August 18, 2011

PERSADA WALIT PLUS UBATI STROKE

im so sorry to viewer because im not updated any stories time to time like other blogger. It was a busiest days that i have to gone throught it. Last month, something disaster happen to my family that my father admitted at Hospital Sultan Abdul Halim at Sungai Petani because of Stroke. At that time all my sibling that we are staying at KL rushing drove a car went to my hometown Sg Petani. Just past a weeks, im returning to my hometown to helps my mother made arrangement for discharged my father since he admited 17/7/2011. All family receives this fatal as fated from Allah and we prays and hoping my father condition will be recovered soon. I actually bought a large botol from Persada Walit M7 made from nest Skybird. I hope that all what we are did will make cheer up my father. Hope that 3 months from now u can walk again. To me , this is a adviced to people who have a symptoms, please check or take a madecine.Preventing before  late. 

Wednesday, August 17, 2011

PEARL HARBOR

Pada pagi 7 Disember 1941, pasukan kapal terbang dan kapal selam kerdil tentera laut Imperial Jepun di bawah pemerintahan Timbalan Laksamana Chuichi Nagumo, melancarkan serangan mengejut ke atas tentera laut Amerika Syarikat berpengkalan di Pearl Harbor, dan terhadap Kor Tentera Udara Darat "Army Air Corps" dan lapangan terbang Marin berhampiran di Oahu, Jajahan Hawai'i, sekarang ini dikenali sebagai Negeri Hawaii. Serangan ini telah dikenali sebagai Pengeboman Pearl Harbor dan Pertempuran Pearl Harbor tetapi, paling biasanya, Serangan ke atas Pearl Harbor atau secara ringkas Pearl Harbor.


Pada 26 November 1941 angkatan merangkumi enam kapal induk diperintah oleh Laksamana Madya Chuichi Nagumo. Jepun meninggalkan Teluk Hitokappu di Kepulauan Kuril dan menuju ke Pearl Harbor tanpa melakukan sebarang perhubungan melalui radio.

Pada pagi 7 Disember 1941, kapal terbang angkatan tersebut mengebom kesemua pengkalan tentera Amerika Syarikat di kepulauan Hawai (terbesar merupakan pengkalan udara tentera darat Amerika Syarikat di pengkalan udara Tentera Udara Hickam), dan kebanyakan kapal yang berlabuh di pelabuhan Pearl, termasuk "Barisan Kapal Tempur". Hampir kesemua kapal terbang Amerika dimusnahkan di atas tanah; hanya beberapa pejuang berjaya berlepas dan bertempur. Dua belas kapal perang dan kapal lain ditenggelamkan atau rosak., 188 kapal terbang dimusnahkan, 155 telah rosak dan 2,403 Amerika kehilangan nyawa mereka. Kapal perang USS Arizona meletup dan tenggelam menyebabkan 1,100 orang kehilangan nyawa, hampir separuh daripada orang Amerika yang mati. Badan kapal kekal menjadi tugu peringatan kepada mereka yang terkorban pada hari itu, kebanyakan mereka kekal di dalam kapal tersebut.





NEGARA YANG KECIL -MOLOSSIA

Sebagaimana syarat-syarat berdirinya sebuah negara yang berdaulat, maka Republik Molossia memang layak dikatakan sebagai negara Republik terkecil di muka bumi ini, walau mungkin tidak akan pernah terdaftar di Perikatan Bangsa-Bangsa (PBB), namun Republik yang memiliki wilayah kedaulatan sendiri ini memang ada secara faktor, de facto.


Pemimpin Negara Molossia Kevin Baugh, penduduk sekaligus memimpin negara Molossia.


Republik Of Molossia secara geografi berada di dalam negara Amerika Syarikat iaitu di Dayton Nevada, jadi negara Molossia dikelilingi oleh negara Amerika Syarikat. Negara paling kecil ini di pimpin oleh seorang ditaktor yang bernama Kevin Baugh dimana Kevin ditemani oleh 2 anaknya di negara yang ia dituntut pada 30 tahun silam itu.
Molossia adalah kawasan yang didirikan pada 26 Mei 1977 . Dikenali pada waktu itu sebagai Republik Grand Vuldstein, James Spielman dinyatakan Raja James I, dan Kevin Baugh dinyatakan Perdana Menteri. Raja James I, meskipun masih menjadi raja, tidak lagi menjadi aktif dalam kerajaan pada waktu itu. Kerajaan terus, tanpa campurtangan Raja, dan terus dikembangkan oleh Perdana Menteri. Pada tahun 1980 itu berganti nama menjadi Kerajaan Edelstein, dan pada tahun 1988 berganti nama XI itu lagi, kali ini sebagai Kerajaan Zaria iaitu kerajaan nomad wujud sebagai pemerintah, tanpa sebuah rumah. Dijalankan oleh Perdana Menteri, Pemerintah berpindah ke Eropah. Sementara di Eropah, dan setelah kembali dari Eropah pada tahun 1992 XV, Kerajaan makmur dan tumbuh dalam budaya.

Molossia juga menerbitkan Passport seperti negara berdaulat.

Memiliki layanan Pos sendiri, setem dan pejabat pos.

Luas Wilayah : 14.3 acres

Date of foundation : 3 September 1999 (Ketika di Nevada)

Pemimpin : Kevin Baugh (Ditaktor)

Bentuk Negara : Republic (Dictatorship de facto)

Bahasa : English (Deseret), Esperanto, and “Griko”

Mata Wang : Valora (Dari Koin Kasino)

Ibu Kota : Espera

Time Zone : Molossian Standard Time (UTC-7 hours, 29 minutes)

Penduduk : 3











GUA KRISTAL SUPERMAN




Sekumpulan ahli geologi barat telah menjumpai sebuah Gua Kristal yg trletak di bawah Pergunungan Naica.

Kawasan pergunungan ini dikelilingi dgn padang pasir Chihuahua(cam nama anjing plak) di MEXICO..







Thursday, August 4, 2011

MOKHTAR DAHARI

UNGKIN kini nama Malaysia tidak lagi gah di arena bola sepak antarabangsa jika hendak dibandingkan pada era 70-an dahulu. Malaysia pernah dilabelkan sebagai pasukan Asia yang handal dan sentiasa memberikan saingan dalam setiap perlawanan.

Kebanyakan generasi muda sekarang tidak berpeluang menyaksikan aksi 'SuperMokh' di atas padang. Datuk Mokhtar Dahari atau 'SuperMokh' adalah lagenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang berasal dari Selangor.



Gelaran 'SuperMokh' yang diterimanya itu juga adalah kerana kehebatannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak. Beliau juga telah mewakili Malaysia selama 13 tahun iaitu dari 1972 hingga 1985.

Mokhtar telah dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur, hasil perkahwinan Dahari Abeng dan Maimon Sadikin. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970).

Ketika beliau berusia 15 tahun, Mokhtar telah dihadiahkan sepasang but bola yang hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE pada ketika itu.

Beliau amat menghargai pemberian itu sambil berkata: "Kasut but yang diberi oleh ayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya."

Dengan kasut itulah beliau menempa nama sebaris dengan wira-wira bola sepak negara sebelumnya seperti Datuk Ghani Minhat dan Arthur Koh.

Pada tahun 1971, Mokhtar telah mula mewakili pasukan Selangor dalam saingan Piala Burnley. Beliau juga pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco dan Kwong Yik Bank.

Beliau telah berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina. Salah seorang anaknya, Mohamad Redza, juga mengikuti jejak langkah ayahnya apabila pernah mewakili negeri Selangor.

Mokhtar merupakan pemain yang memiliki bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang beliau mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.

Pada usia 23 tahun, Mokhtar yang lebih terkenal dengan jolokan 'SuperMokh' diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.

Kelebihan dimiliki 'SuperMokh' banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari bekas penjaga gol negara, mendiang R. Arumugam, pernah patah ketika cuba menampannya. Malah penyerang ternama negara ini juga bijak dalam membaca gerakan lawan dan meloloskan diri dari kawalan pertahanan pihak lawan.

Mokhtar telah membuat penampilan di padang bola sebanyak 167 kaps (penampilan), menjaringkan 117 gol dalam saingan Piala Malaysia dan 125 gol antarabangsa. __________________

Template by:

Free Blog Templates