Thursday, July 14, 2011

Mencari Kerja Tetap Kerajaan

Yang atas gambar wakarima bersama geng bujang serumah. Gambar kedua -gambar wakarima buat latihan ketenteraan. Gambar ketiga -terbalik sket -masa wakarima ada aktiviti pertandingan masa orientasi pelajar...


Salam malam, hari ini wakarima nak berkongsi pengalaman bagaimana nak cari kerja.Wakarima dulu selepas keluar daripada Universiti iaitu UPM memang banyak cabaran yang wakarima lalui. Selepas wakarima keluar daripada UPM pada tahun 2002, Wakarima tak menoleh kebelakang untuk mencari kerja. Kerja yang wakarima buat adalah sama masa wakarima jadi pelajar dulu iaitu Pekerja Hotel bahagian Banquet. Kerja banquet kejenya menjadi pelayan semasa aktiviti dinner atau makan lunch oleh badan-badan organisasi yang nak buat fuction. So keje memang mengangkat katakan. Masa itu wakarima tengah gagah .yela dah jadi leftenan Muda askar wataniah angkat mengangkat barang seperti kerusi dah menjadi kebiasaan aku. Bayangkan aku masuk pukul 8.00 pagi dan balik pukul 2.00 pagi. Majlis start malam ..habis jam 12.00 kemas-kemas sampai jam 3. esok pagi jam 8.00 masuk balik .begitula kerja awal aku selepas graduat jadi pelayan hotel. Bab gaji memang lumayan sekali OT sebulan dah dapat 800. Wau masa itu kira dah besar tu keje di KL sebab kalau wakarima balik kampung dekat Kedah takat tunjuk degree memang tak layan.. alih-alih jadi pekerja kilang ataupun cashier supermarket. Tak nak aku dah buat dah keje ni masa SPM..

Masa itu wakarima tinggal dengan Akak di Sg Merab... ulang alik naik motor ....motor pun masa time tingkatan 3 beli. Selama tiga bulan juga aku bertahan sehinggakan aku rasa macam nak cari keje tetap. Yela jadi pelayan sementara ini kena tengok hari bekerja ...ada fuction adalah duit kalau tak ada fuction memang tak ada duit... so jadi kena cari keje tetap. Kalau nak ikutkan cari keje lain memang berlambak wakarima hantar.. daripada jobstreet tu dah banyak kali hantar tapi panggilnye tiada. Minta keje guna the star cari iklan yang sebesar stem kot -kot ada keje kosong. Tak berani minta iklan yang besar-besar semuanya nak pengalaman. Masa itu mana ada pengalaman. Memang siap jadi maki aku kat manager itu kalau nak pengalaman tak payah nak interview dah tahu baru graduate..Siap perlekeh lagi. tak apa asalkan ambil pengalaman bekerja.. Nak keje kerajaan memang target wakarima .Kalau SPA tu tiap 6 bulan updated bila nak panggil.. masa itu memang mengharap 100% kerja kerajaan.... yelo kalau rezeki tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu...





Kring-kring-- telefon aku bunyi.. masa itu ingatla 3310 phone. kira canggih masa itu ...bayangkan no dia aku ingat lagi masa kat Universiti aku beli 0126673487 harga dia RM160.... masa itu sim card dia. Sapa yang call time aku tengah keje ni. So aku diberitahu oleh manager untuk datang interview. wakarima siap tanya lagi keje apa.. yela aku hantar banyak sampai terlupa mana satu aku mohon. Masa itu tak sempat buat check list. Ilmu admin lemah lagi... Oh.. baru aku ingat aku ada mohon sebagai trainee eksekutif di syarikat apa .... So aku pun pergilah siap bertali leher menunggang motosikal terus ke KL keesokkannya. Sampai dekat sana aku tengok ramai rakan-rakan dari Universiti sedang menunggu untuk diinterview. Aku pun mula la berkenalan satu demi satu.... ada dari UM, UKM, UiTM dan Kolej dan Universiti Swasta.. So kami dimasukkan beramai.ramai .First time aku interview beramai-ramai.. Heran dan kaget. Interview apa mcam nak masuk askar je ramai-ramai ini. Ah... lantakla jadi aku target boleh dapat kerja. So bermula esok drama hari ini. Seorang manager ini menceritakan kerja apa yang kami patut buat . Jadi remiser saham.wow bunyi gempak siap tunjukkan slaid saham swiss lawan eourope ... apa ke tah tak ingat 


..apapun masa itu badan dah rasa macam tak sesuai... tapi hati pujuk pula sabar-sabar tengok lagi lakonan .. So aku tunggu lagi sebab dia kata aku akan dapat RM4000 kalau untung. Wow RM4000 kaya aku siap pikir nak buat apa duit RM4000. so wakarima bertanya sebab cerita dia lama sangat macam mana dia berjaya ...wakarima malas nak dengar jadi tanya terus.. apa perlu buat. Mula -mula kena cari orang untuk masuk saham ini. Cari orang masuk dalam 1000 unit : RM1000.. Aduh nak cari orang ..aku ni memang ambil subjek komunikasi tapi bab marketing malas sekit.... So aku kata mana ada orang nak labur. Dia buka cerita  mak dan ayah adik beradik ke ada so mintalah duit untuk invest... Lepas itu dia panggil 5 orang staf dia yang dia kata dah menjadi manager.. pakai keta besar BMW ...mula macam kita orang sekarang dah berjaya,. Masa itu siap aku pandang atas bawah betulkan mereka ni dah kaya pakai BMW . Muda sangat. ah aku tak percayalah ,,ni semuanya karut belaka. Ni mesti nak tipu aku. Tak apa tengok lagi... macam mana gaji.. tak ada gaji .ada pelanggan ada gaji ...tapi nak dapat bonus mesti dapat 20000 unit sebulan .gila ke apa... so aku pun cakap nak g tandas terus keluar dan balik.. Memang penipu nasib baik aku tak kena tipu. Ni pun aku tahu dari senior aku dulu ...dia kata benda macam ni banyak dekat KL hati-hati dekat iklan kecil.. tak apa wakarima faham graduan yang baru keluar universiti memang banyak cabarannya ..yang penting kita berusaha. masa itu masih keje lagi... dekat hotel Resident. .... (sambung nanti ye)








ESOK CUTI

Pagi ini sampai awal-awal dekat office, tak ada orang lagi. jadi akulah orang pertama buka office dan orang terakhir balik dari office.Tak apa asalkan hatiku bahagia. Bercakap pasal kerja hari ini aku nak menjadi penulis minit. Mungkin ambil masa separuh hari nak menyiapkan minit. Ye.. buat minit ni bukan senang sebab perlukan mementum penumpuan 100% dan yang penting dari segi kandungan minit. Alhamdullillah so far minit EXCO aku jarang la dibetulkan tetapi aku paling risau minit MPU. nantilah aku cerita pasal minit. Lepas habis buat minit, mungkin aku nak buat pertadbiran kewangan. Nak cek imbangan duga duit berdasarkan baucer bayaran yang diberi oleh bendahari.... Selepas itu kalau ada masa nak buat pembetulan sedikit kertas kerja penubuhan Pusat baharu yang mengfokus kepada KPI dan Penarafan. Selepas itu mungkin selesaikan kerja-kerja pentadbiran senang aku tak risau hari isnin punya ataupun esok aku boleh relaks bercuti. Esok ada plan dengan kawan lama pensyarah aku . Nak bincang sedikit tajuk PhD yang tergendala. Aduh pening juga memikirkan tajuk PhD ini.. Memang kena cari guru yang hebat. So aku tinggalkan coretan ringkas ini yang mana jam sekarang jam 8.10. Time to worked.

Wednesday, July 13, 2011

BAHASA KEDAH YANG TELAH DI ENGLISHKAN

Salam semua, malam-malam macam ni tak tahu buat apa , lebih baik aku bercerita sedikt telah bahasa Kedah yang telah diinglishkan. Bukan sahaja aku dengar bahasa jawa @ bahasa inggeris, ada perkataan -perkataan bahasa Kedah telah pun diinglishkan. Kira hebat tau bukan senang bahasa melayu kedah di inglishkan dan digunapakai dari satu generasi ke satu generasi. Antara perkataan-perkataan nya adalah

1. Lampu Suluh- sekarang ni kita panggil touchlight. Bagi touchlight kat aku nak suluh reban ayam kat dapur.

2. elektrik -karen -contoh. hang pi chek tengok apasai tak ada karen.

3. Do it : Duit

4. Undur: Goestan 


masuk no 5. dah blur.. aduhmak lupa pula. so siapa yang tau bagi maklumat dalam komen tersebut.

KERETA -KERETA CANGGIH DALAM FILEM

Wow. Isk,,, kalau wakarima dapat keta macam ni kalau bawa pergi office alamak dari tol sampai ke ofis orang asyik dok tangkap gambar je.Yela ketu futuristik katakan. Kalau dapat tangkap gambar kalau kena tangkap polis alamat parah. So...masa kecil-kecil dulu memang suka keta back to future. kalau dapat naik dan pergi masa depan banyak perkara boleh diubah..haha .angan mat jenin pula. So untuk memudahkan korang tengok keta-keta yang dijual aku. so aku mohon sesiapa nak tempah at least mesti ada jutaan ringgit. Kalau tak tengok gambar je...


RM 1.5 Juta -Boleh racing + touch & go free


RM 1 Juta + minyak penuh+ Payung



RM800 ribu + cover insurans nyawa 1 tahun. Laju sangat .bahaya tak boleh buat corner

RM 2 Juta- tengok sportrim mahal+ tak termasuk peluru + cabutan bertuah

RM20000- Murah sket sebab dah jadu junk item


RM1.8 Juta + kad minyak petronas dengan harga RM50


RM 2 Juta (tak termasuk roadtax)- Boleh buat gi perang- kalau lumba memang kalah.

RM50000- Klasik-untuk orang tua sahaja..

PERADUAN ON PERADUAN

Aduh, penatnya hari ni... rasa malas pula nak buat keje bila dekat-dekat nak balik. So untuk meghilangkan rasa boring aku nak cerita sikit kepada mereka yang suka masuk peraduan. Tapi jarang yang menang hadiah.. tapi wife aku selalu dapat hadiah bila main pertandingan dalam blog. Macam -macam dapat ..tapi kena bersungguhla vote ni vote tu... apapun baru aku tahu kenapa orang ketagih main blog. sebab nak dapat hadiah ...so aku tadi jumpa satu blog peraduan yang selalu buat promosi peraduan baru. Harap korang semua dapat manfaat daripada blog tersebut. G tengok dekat bloglist Wakarima. Good Luck...

TAN Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Orang Kaya Melayu

 Salam rakan -rakan yang belum tidor lagi. hari ni wakarima nak menyembang pasal orang melayu yang kaya di Malaysia. Macam mana dia boleh kaya.... marilah renung-renung bersama.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.
Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.
Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.
Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal.

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.
Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).
Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary
Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.

Sumbangan dalam bidang pendidikan
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.

Tuesday, July 12, 2011

HATI HATI TERSEPIT BAS


Layan-layan dekat internet. terjumpa lawan web ni cerita orang tersepit.Aku terbayangkan budak dan orang lelaki. Bila buka alamak perempuan la. Kesian aku tengok... boleh sampai tersepit macam tak percaya boleh berlaku tetapi telah berlaku. So mana-mana kawan-kawan yang naik bas kena hati-hati. Jangan sua kepala sebarangan. Kan naya nanti... Kalau awek alamak mana nak letak muka malunya itu......

Template by:

Free Blog Templates