Tuesday, July 12, 2011
HATI HATI TERSEPIT BAS
Posted by wakarima at Tuesday, July 12, 2011Monday, July 11, 2011
GRANDMA THAT COMPUTER
Posted by wakarima at Monday, July 11, 2011 FOR JOKING
PENCATAT MINIT SATU PROFESIONAL
Posted by wakarima at Monday, July 11, 2011Hari ini Wakarima penat mencatat minit mesyuarat yang panjang berjela dikelilingi top -top management. Mula jam 1000 pukul 2.00 baru habis. Itupun sebab ada meeting lain ..kalau tak ada meeting alamat satu hari la. Hari ini wakarima bukan nak cerita pasal mesyuarat tapi wakarima nak cerita berkenaan skill mengambil minit. Bagaimana menyediakan minit atau sebelum persiapan mesyuarat. Di sini wakarima nak mula dengan sebelum mesyuarat
Sebelum Mesyuarat
1. Kena buat jadual mesyuarat untuk bulanan seterusnya
2. Hantar surat panggilan mesyuarat dan diemelkan berserta dengan perkara berbangkit bagi mesyuarat yang lepas
3. Buat agenda dan dokumen
4. Tempahan makan dan minum
Hari Mesyuarat
1. Datang awal dan buat persiapan terakhir
2. Catat minit mesyuarat dan hantar mengikut tempoh yang ditetapkan
Membuat minit mesyuarat bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana melibatkan fakta dan tindakan yang perlu dilakukan apatah lagi melibatkan dasar dan polisi sesuatu syarikat. Sebab itu pencatat mesti mempunyai kemahiran yang tepat dalam mencatatkan minit dan membuat minit. Adakalanya membuat minit memerlukan impak emosi yang tinggi sebab penggunaan tatabahasa yang mesti tepat dan betul. Kalau tak alamak kena betulkan sahaja dalam meeting mesyuarat. Impak ini adakalanya memakan satu hari memandangkan olahan ayat dan bahasa..Sebab itu seorang yang pakar mencatat minit mesyuarat menjadi sesuatu yang penting kepada kerjaya dan juga kekuatan kepada karier seseorang... Wakarima selalu berfikiran positif dalam membuat minit mesyuarat ...Budi Bicara mesti diutamakan dalam keputusan,..... apapun kalau yang tak reti buat minit ...kalau pegawai dah kena belajar macam mana nak buat minit. Kalau tidak alamat ...orang kata pegawai kurang cekap...hahahh
vAMPIRE MITOS ATAU REALITI
Posted by wakarima at Monday, July 11, 2011Ia akan bangkit dari kubur pada waktu malam serta menghisap darah manusia untuk terus hidup dan harus kembali ke kubur sebelum subuh.
Orang yang disisihkan, anak-anak yang disumpah, penjahat, bayi yang lahir dengan gigi siung, penyihir, pengamal ilmu hitam dan anak lelaki ke 7 dari anak yang ke 7 adalah di antara individu yang boleh menjadi Vampire.
Pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengelakkan ancaman Vampire. Salah satunya adalah membunuh Vampire dengan menikam jantungnya menggunakan Kayu Aspen pada waktu siang. Mayat-mayat orang yang disyaki akan bertukar menjadi Vampire, ditikam jantungnya dengan Kayu Aspen bagi mencegahnya. Namun, amalan ini telah diharamkan pada tahun 1823.
Di Romania, besi panas yang merah membara sering digunakan untuk membunuh Vampire. Tubuh Vampire kemudiannya akan dibakar atau dikebumikan semula di tengah-tengah pertemuan jalan yang bersimpang 4 (crossroads)
Masyarakat Eropah Timur, yakin bahawa Vampire takut kepada bawang putih. Mereka akan menggosok haiwan-haiwan ternakan dengan bawang putih untuk melindungi mereka daripada Vampire. Bawang putih juga akan digantung di pintu rumah dan tingkap-tingkap untuk menghalang Vampire. Malah, sesiapa yang tidak suka kepada bawang putih juga akan disyaki sebagai Vampire.
Selain bawang putih, duri mawar liar juga dipercayai dapat menghalau Vampire. Sifat semulajadi Vampire dikatakan suka mengira sesuatu. Oleh itu, benih poppy disemai sekitar tanah perkuburan supaya apabila Vampire bangkit daripada kubur, ia akan menghitungnya sepanjang malam hinggalah ia terpaksa kembali semula ke kuburnya apabila waktu Subuh. (Teori ini hampir sama dengan penggunaan kacang hijau untuk Toyol)
Vampire juga dipercayai tidak suka kepada cermin dan perak. Lambang bersilang yang diperbuat daripada perak atau cermin akan diletakkan dalam rumah sebagai perlindungan.
Sunday, July 10, 2011
PETUA GATAL, KURAP ATAU KULAT
Posted by wakarima at Sunday, July 10, 2011KPT TAJA MASTER DAN PHD (MYBRAIN15)
Posted by wakarima at Sunday, July 10, 2011MyMaster merupakan feeder kepada program pembiayaan pengajian di peringkat PhD iaitu MyPhD. Objektif program ini adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara.
Permohonan ditawarkan kepada graduan dan orang awam serta kakitangan swasta untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang terpilih dalam bidang Sains dan Teknologi serta Sains Sosial / Sastera Ikhtisas. Bagi bidang Sains Sosial / Sastera Ikhtisas, keutamaan akan diberikan kepada bidang penyelidikan yang menjurus kepada inovasi, pembangunan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup masyarakat serta berpandukan bidang-bidang yang berkaitan dengan National Key Economic Areas (NKEA).
mohon dengan KPT....
Saturday, July 9, 2011
ULTRAMAN ZERO THE MOVIE
Posted by wakarima at Saturday, July 09, 2011Jangan lula lepas tu ko orang past la link dia dekat youtube untuk tengok next story.... ok
http://www.youtube.com/watch?v=siEQBbtDL6g