Hari ini Wakarima penat mencatat minit mesyuarat yang panjang berjela dikelilingi top -top management. Mula jam 1000 pukul 2.00 baru habis. Itupun sebab ada meeting lain ..kalau tak ada meeting alamat satu hari la. Hari ini wakarima bukan nak cerita pasal mesyuarat tapi wakarima nak cerita berkenaan skill mengambil minit. Bagaimana menyediakan minit atau sebelum persiapan mesyuarat. Di sini wakarima nak mula dengan sebelum mesyuarat
Sebelum Mesyuarat
1. Kena buat jadual mesyuarat untuk bulanan seterusnya
2. Hantar surat panggilan mesyuarat dan diemelkan berserta dengan perkara berbangkit bagi mesyuarat yang lepas
3. Buat agenda dan dokumen
4. Tempahan makan dan minum
Hari Mesyuarat
1. Datang awal dan buat persiapan terakhir
2. Catat minit mesyuarat dan hantar mengikut tempoh yang ditetapkan
Membuat minit mesyuarat bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana melibatkan fakta dan tindakan yang perlu dilakukan apatah lagi melibatkan dasar dan polisi sesuatu syarikat. Sebab itu pencatat mesti mempunyai kemahiran yang tepat dalam mencatatkan minit dan membuat minit. Adakalanya membuat minit memerlukan impak emosi yang tinggi sebab penggunaan tatabahasa yang mesti tepat dan betul. Kalau tak alamak kena betulkan sahaja dalam meeting mesyuarat. Impak ini adakalanya memakan satu hari memandangkan olahan ayat dan bahasa..Sebab itu seorang yang pakar mencatat minit mesyuarat menjadi sesuatu yang penting kepada kerjaya dan juga kekuatan kepada karier seseorang... Wakarima selalu berfikiran positif dalam membuat minit mesyuarat ...Budi Bicara mesti diutamakan dalam keputusan,..... apapun kalau yang tak reti buat minit ...kalau pegawai dah kena belajar macam mana nak buat minit. Kalau tidak alamat ...orang kata pegawai kurang cekap...hahahh
Digelar ‘Jin Dasim’ Oleh Netizen, Coach Cerai Tampil Beri Penjelasan –
“Mereka Tak Faham Skop Kerja Saya”
-
Disebabkan gelaran ‘Coach Cerai’, lelaki ini pernah dikecam dan digelar
‘dasim’, iaitu jin yang dikatakan suka merosakkan rumah tangga. Namun bagi
Mohd I...
1 hour ago


0 comments:
Post a Comment