UNGKIN kini nama Malaysia tidak lagi gah  di arena bola sepak antarabangsa jika hendak dibandingkan pada era 70-an  dahulu. Malaysia pernah dilabelkan sebagai pasukan Asia yang handal dan  sentiasa memberikan saingan dalam setiap perlawanan.
Kebanyakan generasi muda sekarang tidak berpeluang menyaksikan aksi  'SuperMokh' di atas padang. Datuk Mokhtar Dahari atau 'SuperMokh' adalah  lagenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang berasal dari  Selangor.

Gelaran 'SuperMokh' yang diterimanya itu juga adalah kerana kehebatannya  menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.  Beliau juga telah mewakili Malaysia selama 13 tahun iaitu dari 1972  hingga 1985.
Mokhtar telah dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur,  hasil perkahwinan Dahari Abeng dan Maimon Sadikin. Beliau mendapat  pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan  Victoria Institution (1966-1970).
Ketika beliau berusia 15 tahun, Mokhtar telah dihadiahkan sepasang but  bola yang hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil  Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE pada ketika  itu.
Beliau amat menghargai pemberian itu sambil berkata: "Kasut but yang  diberi oleh ayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam  kerjaya bola sepak saya."
Dengan kasut itulah beliau menempa nama sebaris dengan wira-wira bola  sepak negara sebelumnya seperti Datuk Ghani Minhat dan Arthur Koh.
Pada tahun 1971, Mokhtar telah mula mewakili pasukan Selangor dalam  saingan Piala Burnley. Beliau juga pernah menyertai beberapa kelab bola  sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri  Selangor (PKNS), Talasco dan Kwong Yik Bank.
Beliau telah berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan  dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur  Arina. Salah seorang anaknya, Mohamad Redza, juga mengikuti jejak  langkah ayahnya apabila pernah mewakili negeri Selangor.
Mokhtar merupakan pemain yang memiliki bakat semulajadi yang mengangkat  imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara  adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang beliau  mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar yang lebih terkenal dengan jolokan  'SuperMokh' diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang  terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan  Kebangsaan 1976.
Kelebihan dimiliki 'SuperMokh' banyak dengan sepakan deras bak peluru  menjadi elemen penting hinggakan tiga jari bekas penjaga gol negara,  mendiang R. Arumugam, pernah patah ketika cuba menampannya. Malah  penyerang ternama negara ini juga bijak dalam membaca gerakan lawan dan  meloloskan diri dari kawalan pertahanan pihak lawan.
Mokhtar telah membuat penampilan di padang bola sebanyak 167 kaps  (penampilan), menjaringkan 117 gol dalam saingan Piala Malaysia dan 125  gol antarabangsa.                                 __________________
“Puaslah Kau Botak! Semoga Kau Dilaknat!” – Keluarga Zayn Rayyan
                      -
                    
Suasana di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini bertukar tegang apabila 
suami kepada Ismanira Abdul Manaf, iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 30, menjerit 
ke ar...
8 hours ago

 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 


1 comments:
Post a Comment