Dalam kita bekerja seharian banyak perkara yang berlaku dalam kotak pemikiran kita. Kita memikirkan apa yang perlu dilakukan esok, kenapa perlu buat ini, adakah orang suka cara kita, boleh ke buat macam, kenapa tak buat macam... pelbagai lagi sifat kita berperang dalam diri kita. Kalau orang komunikasi kata intrapersonal. Hari ini aku nak syer kepada kawan-kawan macam mana kita nak membentuk hubungan yang begitu baik dengan bos. Ini penting bukan untuk membodek tapi memudahkan corak kerja kita seharian. Kalau bos suka cara kerja kita akan mendatangkan Peace of Mind berbanding unhappy dikemudian hari. Wakarima memahami peranan bos adalah penting. Kekuatan karier kita adakalah adalah bergantung kepada sokongan yang diberi nama bos. Justeru, Wakarima kurang pandai tapi kalau nak berkongsi apa salahnya....
1) Mengenali kehidupan peribadi bos
- kenali bos macam mana kita mengenali pasangan kita. Tahu berapa orang anak, tahu pasal akademik, tahu cita rasa makan, tahu apa yang bos suka, tahu apa yang bos tak suka, tahu topik cerita apa yang beliau suka. Maksud disini kerja bukan sahaja hubungan sebagai bos tetapi hubungan sebagai ayah dan ibu (kalau yang tua) kalau seusia lebih kepada rakan tetapi nilai hormati mesti diutamakan....
-Cuba kamu bayangkan kamu boleh menceritakan berkenaan topik yang dia suka atau keluarga dia suka.Dan yang paling penting kenali isteri beliau atau pergi rumah buat lawatan. Ini memang berbaloi..
2) Rasa Hormat
Sentiasa tunjuk rasa hormat kita kepada beliau. Jika berjumpa tanya khabar dan senyum, bersalam tangan dan yang paling penting sekiranya bos dalam kesusahan sentiasa berada dihadapan untuk membantu .Bukan sahaja kepada bos tetapi rakan bos.. Rasa hormat kita kepada bos dan rakan bos sedikit sebanyak membantu hubungan kita. Bos adakalanya akan bertanya rakan beliau mengenai peribadi kita.
3) Sambut hari Jadi
Kalau ada kesempatan buatlah majlis sambut hari jadi ke hari raya ke tapi yang special untuk beliau. Ini menunjukkan kita mengambil berat tentang diri beliau. bukan bermaksud bodek tetapi tanda penghargaan (win-win situation) nanti ... ikhlas jgn tak ikhlas.
4) Minta Maaf
Sekiranya kita melakukan kesilapan,cepat-cepat minta maaf. Kemaafan itu adalah satu tanda kita menunjukkan bahawa kita telah belajar daripada kesilapan dan cuba memperbaiki. InsyAllah-kalau kita ada sikap macam ni,,, bos akan memahami bahawa kita mengakui kesilapan dan bersedia menanggung risiko. Yang penting kita sudah meminta maaf..... daripada tak ada minta maaf lansung
5) Komunikasi
Walaupun tak ada masa nak jumpa bos, kena juga cari masa. Atlease you can discuss any issues base on administration ataupun masalah-masalah. Yang penting bos akan memberikan segala idea kepada kita. Dia lagi suka sebab kita ingin belajar daripada beliau dan kita menunjukkan sikat keterbukaan dan semangat .Cerita apa pun asalkan niat jumpa bos je. cari la cerita yang bersangkut paut kerja. Kalau bos ada urusan luar atau cuti tak salah wish dia happy holiday and have a nice trip... walaupun nampak macam bodek...tak apa bos kita .....
itu sahaja je nak syer banyak lagi tapi tak larat la ....
“Anakku Fatima, Papa Amat Merindukan Kamu” – Fattah Amin
-
Pelakon Fattah Amin hari ini mencuri tumpuan warga maya terutamanya peminat
apabila dia ada memuat naik satu hantaran Instagram Story berbaur kerinduan
t...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment