Thursday, July 14, 2011

Mencari Kerja Tetap Kerajaan

Yang atas gambar wakarima bersama geng bujang serumah. Gambar kedua -gambar wakarima buat latihan ketenteraan. Gambar ketiga -terbalik sket -masa wakarima ada aktiviti pertandingan masa orientasi pelajar...


Salam malam, hari ini wakarima nak berkongsi pengalaman bagaimana nak cari kerja.Wakarima dulu selepas keluar daripada Universiti iaitu UPM memang banyak cabaran yang wakarima lalui. Selepas wakarima keluar daripada UPM pada tahun 2002, Wakarima tak menoleh kebelakang untuk mencari kerja. Kerja yang wakarima buat adalah sama masa wakarima jadi pelajar dulu iaitu Pekerja Hotel bahagian Banquet. Kerja banquet kejenya menjadi pelayan semasa aktiviti dinner atau makan lunch oleh badan-badan organisasi yang nak buat fuction. So keje memang mengangkat katakan. Masa itu wakarima tengah gagah .yela dah jadi leftenan Muda askar wataniah angkat mengangkat barang seperti kerusi dah menjadi kebiasaan aku. Bayangkan aku masuk pukul 8.00 pagi dan balik pukul 2.00 pagi. Majlis start malam ..habis jam 12.00 kemas-kemas sampai jam 3. esok pagi jam 8.00 masuk balik .begitula kerja awal aku selepas graduat jadi pelayan hotel. Bab gaji memang lumayan sekali OT sebulan dah dapat 800. Wau masa itu kira dah besar tu keje di KL sebab kalau wakarima balik kampung dekat Kedah takat tunjuk degree memang tak layan.. alih-alih jadi pekerja kilang ataupun cashier supermarket. Tak nak aku dah buat dah keje ni masa SPM..

Masa itu wakarima tinggal dengan Akak di Sg Merab... ulang alik naik motor ....motor pun masa time tingkatan 3 beli. Selama tiga bulan juga aku bertahan sehinggakan aku rasa macam nak cari keje tetap. Yela jadi pelayan sementara ini kena tengok hari bekerja ...ada fuction adalah duit kalau tak ada fuction memang tak ada duit... so jadi kena cari keje tetap. Kalau nak ikutkan cari keje lain memang berlambak wakarima hantar.. daripada jobstreet tu dah banyak kali hantar tapi panggilnye tiada. Minta keje guna the star cari iklan yang sebesar stem kot -kot ada keje kosong. Tak berani minta iklan yang besar-besar semuanya nak pengalaman. Masa itu mana ada pengalaman. Memang siap jadi maki aku kat manager itu kalau nak pengalaman tak payah nak interview dah tahu baru graduate..Siap perlekeh lagi. tak apa asalkan ambil pengalaman bekerja.. Nak keje kerajaan memang target wakarima .Kalau SPA tu tiap 6 bulan updated bila nak panggil.. masa itu memang mengharap 100% kerja kerajaan.... yelo kalau rezeki tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu...





Kring-kring-- telefon aku bunyi.. masa itu ingatla 3310 phone. kira canggih masa itu ...bayangkan no dia aku ingat lagi masa kat Universiti aku beli 0126673487 harga dia RM160.... masa itu sim card dia. Sapa yang call time aku tengah keje ni. So aku diberitahu oleh manager untuk datang interview. wakarima siap tanya lagi keje apa.. yela aku hantar banyak sampai terlupa mana satu aku mohon. Masa itu tak sempat buat check list. Ilmu admin lemah lagi... Oh.. baru aku ingat aku ada mohon sebagai trainee eksekutif di syarikat apa .... So aku pun pergilah siap bertali leher menunggang motosikal terus ke KL keesokkannya. Sampai dekat sana aku tengok ramai rakan-rakan dari Universiti sedang menunggu untuk diinterview. Aku pun mula la berkenalan satu demi satu.... ada dari UM, UKM, UiTM dan Kolej dan Universiti Swasta.. So kami dimasukkan beramai.ramai .First time aku interview beramai-ramai.. Heran dan kaget. Interview apa mcam nak masuk askar je ramai-ramai ini. Ah... lantakla jadi aku target boleh dapat kerja. So bermula esok drama hari ini. Seorang manager ini menceritakan kerja apa yang kami patut buat . Jadi remiser saham.wow bunyi gempak siap tunjukkan slaid saham swiss lawan eourope ... apa ke tah tak ingat 


..apapun masa itu badan dah rasa macam tak sesuai... tapi hati pujuk pula sabar-sabar tengok lagi lakonan .. So aku tunggu lagi sebab dia kata aku akan dapat RM4000 kalau untung. Wow RM4000 kaya aku siap pikir nak buat apa duit RM4000. so wakarima bertanya sebab cerita dia lama sangat macam mana dia berjaya ...wakarima malas nak dengar jadi tanya terus.. apa perlu buat. Mula -mula kena cari orang untuk masuk saham ini. Cari orang masuk dalam 1000 unit : RM1000.. Aduh nak cari orang ..aku ni memang ambil subjek komunikasi tapi bab marketing malas sekit.... So aku kata mana ada orang nak labur. Dia buka cerita  mak dan ayah adik beradik ke ada so mintalah duit untuk invest... Lepas itu dia panggil 5 orang staf dia yang dia kata dah menjadi manager.. pakai keta besar BMW ...mula macam kita orang sekarang dah berjaya,. Masa itu siap aku pandang atas bawah betulkan mereka ni dah kaya pakai BMW . Muda sangat. ah aku tak percayalah ,,ni semuanya karut belaka. Ni mesti nak tipu aku. Tak apa tengok lagi... macam mana gaji.. tak ada gaji .ada pelanggan ada gaji ...tapi nak dapat bonus mesti dapat 20000 unit sebulan .gila ke apa... so aku pun cakap nak g tandas terus keluar dan balik.. Memang penipu nasib baik aku tak kena tipu. Ni pun aku tahu dari senior aku dulu ...dia kata benda macam ni banyak dekat KL hati-hati dekat iklan kecil.. tak apa wakarima faham graduan yang baru keluar universiti memang banyak cabarannya ..yang penting kita berusaha. masa itu masih keje lagi... dekat hotel Resident. .... (sambung nanti ye)








ESOK CUTI

Pagi ini sampai awal-awal dekat office, tak ada orang lagi. jadi akulah orang pertama buka office dan orang terakhir balik dari office.Tak apa asalkan hatiku bahagia. Bercakap pasal kerja hari ini aku nak menjadi penulis minit. Mungkin ambil masa separuh hari nak menyiapkan minit. Ye.. buat minit ni bukan senang sebab perlukan mementum penumpuan 100% dan yang penting dari segi kandungan minit. Alhamdullillah so far minit EXCO aku jarang la dibetulkan tetapi aku paling risau minit MPU. nantilah aku cerita pasal minit. Lepas habis buat minit, mungkin aku nak buat pertadbiran kewangan. Nak cek imbangan duga duit berdasarkan baucer bayaran yang diberi oleh bendahari.... Selepas itu kalau ada masa nak buat pembetulan sedikit kertas kerja penubuhan Pusat baharu yang mengfokus kepada KPI dan Penarafan. Selepas itu mungkin selesaikan kerja-kerja pentadbiran senang aku tak risau hari isnin punya ataupun esok aku boleh relaks bercuti. Esok ada plan dengan kawan lama pensyarah aku . Nak bincang sedikit tajuk PhD yang tergendala. Aduh pening juga memikirkan tajuk PhD ini.. Memang kena cari guru yang hebat. So aku tinggalkan coretan ringkas ini yang mana jam sekarang jam 8.10. Time to worked.

Template by:

Free Blog Templates