Pada pagi 7 Disember 1941, pasukan kapal terbang dan kapal selam kerdil tentera laut Imperial Jepun di bawah pemerintahan Timbalan Laksamana Chuichi Nagumo, melancarkan serangan mengejut ke atas tentera laut Amerika Syarikat berpengkalan di Pearl Harbor, dan terhadap Kor Tentera Udara Darat "Army Air Corps" dan lapangan terbang Marin berhampiran di Oahu, Jajahan Hawai'i, sekarang ini dikenali sebagai Negeri Hawaii. Serangan ini telah dikenali sebagai Pengeboman Pearl Harbor dan Pertempuran Pearl Harbor tetapi, paling biasanya, Serangan ke atas Pearl Harbor atau secara ringkas Pearl Harbor.
Pada 26 November 1941 angkatan merangkumi enam kapal induk diperintah oleh Laksamana Madya Chuichi Nagumo. Jepun meninggalkan Teluk Hitokappu di Kepulauan Kuril dan menuju ke Pearl Harbor tanpa melakukan sebarang perhubungan melalui radio.
Pada pagi 7 Disember 1941, kapal terbang angkatan tersebut mengebom kesemua pengkalan tentera Amerika Syarikat di kepulauan Hawai (terbesar merupakan pengkalan udara tentera darat Amerika Syarikat di pengkalan udara Tentera Udara Hickam), dan kebanyakan kapal yang berlabuh di pelabuhan Pearl, termasuk "Barisan Kapal Tempur". Hampir kesemua kapal terbang Amerika dimusnahkan di atas tanah; hanya beberapa pejuang berjaya berlepas dan bertempur. Dua belas kapal perang dan kapal lain ditenggelamkan atau rosak., 188 kapal terbang dimusnahkan, 155 telah rosak dan 2,403 Amerika kehilangan nyawa mereka. Kapal perang USS Arizona meletup dan tenggelam menyebabkan 1,100 orang kehilangan nyawa, hampir separuh daripada orang Amerika yang mati. Badan kapal kekal menjadi tugu peringatan kepada mereka yang terkorban pada hari itu, kebanyakan mereka kekal di dalam kapal tersebut.
“Saya Selalu Jadi Ibu Mereka” – Empat Dekad Dalam Dunia Seni, Khatijah Tan
Tak Terfikir Nak Buli Pelakon Baharu
-
Pelakon veteran, Khatijah Tan berkata dia tidak pernah terlintas di fikiran
untuk membuli pendatang baru sepanjang hampir empat dekad berada di dalam
dun...
53 minutes ago
0 comments:
Post a Comment