Kereta api merupakan pengangkutan awam yang sangat terkenal dan disukai ramai sejak zaman dahulu lagi. Mungkin kerana kos tambang yang rendah bagi sesetengah negara dan kita mampu untuk sampai ke destinasi dengan kadar yang segera. Kali ini kita kongsikan senarai top 10 negara yang mempunyai kereta api paling pantas di dunia.
10) Russia
Kereta Api: Siemens Velaro RUS
Kelajuan: 175 mph
Kapasiti: 600 penumpang
Kereta api paling pantas di Rusia ini ada di laluan Moscow – St. Petersburg dan mula diperkenalkan pada Disember 2009. Jentera buatan Jerman ini boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 155 batu sejam tetapi telah berjaya mencecah kelajuan sehingga 175 batu sejam dalam satu ujian pada tahun 2009.
9) Taiwan
Kereta Api: THSR 700T
Kelajuan: 186 mph
Kapasiti: 989 penumpang
Projek kereta api kelajuan tinggi di Taiwan menelan belanja sebanyak $1.8 billion dan merupakan projek kereta api dengan biayaan persendirian terbesar di dunia. Ia telah berjaya menyingkatkan perjalanan dari northern capital of Taipei ke southern city of Kaohsiung yang sebelum ini memakan masa 4.5 jam menjadi hanya 90 minit.
8) Korea Selatan
Kereta Api: KTX-I
Kelajuan: 190 mph
Kapasiti: 965 penumpang
Kereta api berkelajuan tinggi di Korea Selatan diberi nama Korea Train Express (KTX) membawa lebih 100 ribu orang penumpang setiap hari ke sesuah destinasi. Ia telah diperkenalkan pada tahun 2004 dan berjaya memendekkan masa perjalanan Capital Seoul ke Bandar Perlabuhan Busan menjadi 2 jam 45 minit, separuh daripada masa yang diperlukan sebelum ini.
7) United Kingdom
Kereta Api: Eurostar 3313/14
Kelajuan: 208 mph
Kapasiti: 750 penumpang
Mula beroperasi pada 1994 dan menghubungkan England dengan bandar-bandar di France dan Belgium melalui terowong laluan bawah tanah yang dikelani sebagai “Chunnel”. Dengan lebih 27 keretapi ia menghubungkan lebih 100 destinasi seluruh Eropah dan telah menjangkau penumpang ke 100 juta pada 2009. Ia telah mencatatkan record kereta api terlaju di Britain dengan kelajuan 208 batu sejam pada tahun 2003, memadamkan rekod awal pada tahun 1979.
6) Itali
Kereta Api: ETR 500 Frecciarossa
Kelajuan: 225 mph
Kapasiti: 590 penumpang
ETR 500 ini adalah kereta api paling pantas di Itali dan telah mencatatkan rekod kelajuan 225 batu sejam pada tahun 2009 dalam perjalanan dari Florence ke Bologna. Walaupun demikian, tidak ramai yang gembira dengan kemampuan kereta api ini. Terdapat yang membangkang dengan menyatakan kereta api ini akan merosakkan persekitarannya dan pembinaan landasan itu boleh membebaskan bahan kimia yang merbahaya.
5) Sepanyol
Kereta Api: AVE Class 103
Kelajuan: 251 mph
Kapasiti: 404 penumpang
Sepanyol mempunyai rangkaian kereta api paling panjang di Eropah dengan jarak landasan 3,433 batu. AVE Class 103 dibina oleh Siemens dan telah mencatatkan rekod kelajuan 251 batu sejam pada tahun 2007. Ia berjaya mengurangkan masa perjalanan dari Madrid ke Lisbon, Portugal dari 9 jam kepada 2 jam 45 minit. Sepanyol telah mengehadkan hadlaju maksimum untuk kereta api komersial menjadi 186 mph untuk tujuan keselamatan.
4) Jerman
Kereta Api: Transrapid TR-07
Kelajuan: 270.3 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian
Jerman adalah antara pelopor teknologi kereta api kelajuan tinggi di dunia. Ia juga merupakan tanah kelahiran syarikat Siemens. Walaupun teknologi kereta api magnetik dibangunkan di Jerman ia tidak pernah dikomersialkan. Teknologi tersebut mempunyai banyak kelemahan termasuklah kos yang tinggi dan kemalangan yang mengorbankan 25 nyawa semasa ujian pada tahun 2006.
3) China
Kereta Api: CRH380AL
Kelajuan: 302 mph
Kapasiti: 600 penumpang
China mempunyai jaringan kereta api kelajuan tinggi paling panjang di dunia dengan jarak melebihi 6,000 batu. Jaringan kereta api kelajuan tinggi di China baru bermula pada tahun 2007 dan telah mendapat sejumlah 40.6 juta penumpang pada 2 tahun pertama. Pihak kerajaan berharap agar dapat memperluaskan lagi jaringan kereta apiberkelajuan tinggi sehingga 28, 000 batu menjelang hujung tahun 2015.
2) Perancis
Kereta Api: TGV V150
Kelajuan: 357 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian
TGV V150 telah mencatatkan rekod kelajuan 357 mph pada tahun 2007 dan telah menjadi kereta api ke dua terlaju di dunia. Teknologi TGV telah digunakan dalam kereta api di kebanyakkan negara di Eropah termasuklah UK, Belgium, Belanda dan Jerman.
1) Jepun
Kereta Api: JR-Maglev MLX01
Kelajuan: 361 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian
Jepun merupakan peneraju dalam teknologi kereta api kelajuan tinggi, dan telah membuka landasan kereta api kelajuan tinggi pertama di dunia pada tahun 1964. Jepun memulakan perkhidmatan kereta api kelajuan tinggi dengan memperkenalkan Tokaido Shinkansen “bullet train” yang mempu mencapai kelajuan sehingga 160mph dan telah menjadi jaringan kereta api paling sibuk di dunia, 378 000 penumpang setiap hari.
Kereta Api Maglev telah mula dibangunkan pada tahun 1970an. Pihak kerajaan telah meluluskan plan yang menelan belanja sebanyak $112 billion yang menghubungkan Tokyo, Nagoya dan Osaka yang dijangka siap pada tahun 2027. JR-Maglev MLX01 yang masih lagi dalam ujian telah memecahkan rekod dan menjadi kereta api paling pantas di dunia pada tahun 2003
Tersasul Doa Nak 4 Isteri, Netizen Beri ‘Pesanan’ Buat Zul Ariffin –
“Amboi.. Sorang Pun Tak Lekat Lagi”
-
Melalui Instagram pelakon, Zul Ariffin, dia ada memuat naik satu video yang
memaparkan gelagatnya berdoa agar dikurniakan jodoh sewaktu mengerjakan
ibada...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment