Monday, July 11, 2011

PENCATAT MINIT SATU PROFESIONAL

Hari ini Wakarima penat mencatat minit mesyuarat yang panjang berjela dikelilingi top -top management. Mula jam 1000 pukul 2.00 baru habis. Itupun sebab ada meeting lain ..kalau tak ada meeting alamat satu hari la. Hari ini wakarima bukan nak cerita pasal mesyuarat tapi wakarima nak cerita berkenaan skill mengambil minit. Bagaimana menyediakan minit atau sebelum persiapan mesyuarat. Di sini wakarima nak mula dengan sebelum mesyuarat


Sebelum Mesyuarat

1. Kena buat jadual mesyuarat untuk bulanan seterusnya
2. Hantar surat panggilan mesyuarat dan diemelkan berserta dengan perkara berbangkit bagi mesyuarat yang lepas
3. Buat agenda dan dokumen
4. Tempahan makan dan minum


Hari Mesyuarat

1. Datang awal dan buat persiapan terakhir
2. Catat minit mesyuarat dan hantar mengikut tempoh yang ditetapkan

Membuat minit mesyuarat bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana melibatkan fakta dan tindakan yang perlu dilakukan apatah lagi melibatkan dasar dan polisi sesuatu syarikat. Sebab itu pencatat mesti mempunyai kemahiran yang tepat dalam mencatatkan minit dan membuat minit. Adakalanya membuat minit memerlukan impak emosi  yang tinggi sebab penggunaan tatabahasa yang mesti tepat dan betul. Kalau tak alamak kena betulkan sahaja dalam meeting mesyuarat. Impak ini adakalanya memakan satu hari memandangkan olahan ayat dan bahasa..Sebab itu seorang yang pakar mencatat minit mesyuarat menjadi sesuatu yang penting kepada kerjaya dan juga kekuatan kepada karier seseorang... Wakarima selalu berfikiran positif dalam membuat minit mesyuarat ...Budi Bicara mesti diutamakan dalam keputusan,..... apapun kalau yang tak reti buat minit ...kalau pegawai dah kena belajar macam mana nak buat minit. Kalau tidak alamat ...orang kata pegawai kurang cekap...hahahh

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates