Sunday, July 10, 2011

KPT TAJA MASTER DAN PHD (MYBRAIN15)

Kawan-kawan yang mana nak sambung belajar .... boleh minta biasiswa dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam rangka Mybrain15.. 


Program MyBrain15 adalah salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai sebanyak 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia.


MyMaster merupakan feeder kepada program pembiayaan pengajian di peringkat PhD iaitu MyPhD. Objektif program ini adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara.

Permohonan ditawarkan kepada graduan dan orang awam serta kakitangan swasta untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang terpilih dalam bidang Sains dan Teknologi serta Sains Sosial / Sastera Ikhtisas. Bagi bidang Sains Sosial / Sastera Ikhtisas, keutamaan akan diberikan kepada bidang penyelidikan yang menjurus kepada inovasi, pembangunan ekonomi dan peningkatan kualiti hidup masyarakat serta berpandukan bidang-bidang yang berkaitan dengan National Key Economic Areas (NKEA).


mohon dengan KPT.... 

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates