Saturday, July 16, 2011

Cuepacs Mohon Bonus Dua Bulan

Tadi dengar member kata ceupacs tengah mohon dua bulan bonus untuk bajet oktober ini. Pada fikiran aku nak dapat dua bulan memang susah..macam menunggu kucing bertanduk.. tapi nak dapat sebulan mungkin 50% ..yela dah dua tahun atau lebih tak pernah ada bunos 1 bulan gaji setelah semua kakitangan kerajaan dinaikkan gaji masa Tun Abdullah Ahmad Bedawi. Sebab tak boleh nak bagi aku pun tahu.. sedangkan kakitangan kerajaan ini merupakan tunjang kepada kerajaan. Merekalah aset kepada pembangunan negara dan merupakan gaji yang paling sedikit berbanding dengan swasta. Namun, pihak swasta tahap dengki kepada kakitangan kerajaan memang tinggi.. kalau kerajaan naikkan gaji ...barang , minyak semua naik ...bila barang dah naik jumlah duit yang dapat semakin kecil. Akhirnya yang merana juga kakitangan kerajaan. Pemberian bonus adalah amat penting dan perlu diberikan kerajaan kepada kakitangan awam... Apalah sangat kalau diberi berbanding dengan duit yang habis untuk pilihanraya. Ini semua untuk kesejahteraan kakitangan awam. Jadi kerajaan kenala jaga hati pekerja. Jangan salahkan pekerja awam jika mereka menyokong pembangkang. Sebab kerajaan kurang mengambil berat berkenaan dengan nasib kakitangan awam. Di Kuala Lumpur kota metropolitan kalau takat gaji 1500 memang susah nak hidup kalau isteri tak bekerja lagi parah. Nak bayar rumah flat sahaja RM450... api,air,makanan, baju, yuran sekolah dan pelbagai lagi memang tak cukup.. 

Sebab itu ada kakitangan awam yang buat kerja part time dekat luar.Kalau harapkan gaji memang susahla. Kenyataan Ceupacs syarikat GLC kerajaan yang lain ada yang bagi bonus 3 bulan gaji dan ada yang lebih..kira untung la. Bila wakarima nak rasa 3 bulan bonus.. memang tak ada nye sampai kemati... Justeru, wakarima yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan memang mengharap kerajaan bagi bonus. Bonus umpama cahaya dalam kehidupan... so harap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan ceupacs itu. Silala kerajaan lihat kebajikan kami pekerja awam ni....

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates